Ahad, 10 Jun 2012

KEJOHANAN BOLASEPAK DAERAH BELAIT 2012 - Perlawanan Pembukaan..

Bermulalah satu episod di dalam sejarah bolasepak daerah Belait apabila bermulanya kejohanan bolasepak daerah Belait yang di rasmikan oleh tetamu khas, Awang Haji Haris bin Othman iaitu pegawai Daerah Belait. Perlawanan pembukaan telah berlangsung di Kelab Ria Shell, Seria diantara pasukan Bravo 995 dan Hoist FT. Yang berkesudahan, kemanangan kepada Hoist FT yang menewaskan Bravo 995 dengan jaringan 1 - 0.


Sebelum perlawanan bermula, Hj Abang Zamhor sebagai pengerusi perlawanan memberi kata-kata aluan.
Seterusnya Hj Salleh Bostaman, Yang Di-Pertua PBDB menjemput tetamu khas, Awang Haji Haris bin Othman untuk menyampaikan dokumen undang-undang perlembagaan dan jadual perlawanan bola sepak kepada pengurus-pengurus pasukan yang ikut bertanding di kejohanan bolasepak ini. Acara selanjutnya penyampaian cenderamata kepada penaja-penaja kejohanan tersebut. Tetamu khas, Awang Haji Haris bin Othman kemudian merasmikan kejohanan dengan mengaktifkan "globe".


Seterusnya tetamu khas, Awang Haji Haris bin Othman diperkenalkan kepada pemain-pemain kedua pasukan yang bertanding dan juga pengadil dan pegawai-pegawai yang bertugas.


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan